Love Sharing : Hadiah Terbaik Untuk Lelaki


pening kann nak bagi hadiah apa dekat lelaki ๐Ÿ˜‚ samaaa laa kita ponnnn , so nak memudahkan semua orang , so hari ni nak share sikit , hadiah apa boleh bagi dekat lelaki ❤

here we goooo ! 

1. KASUT


Kasut antara hadiah yang anda boleh bagi kepada pasangan anda. Kasut ini merupakan keperluan bila ingin berjalan di luar rumah kan. Mungkin anda nampak pasangan anda tersebut, kasutnya sudah lusuh dan buruk. Mungkin inilah masanya anda memberi penghargaan kepadanya mungkin sempena hadiah hari jadi, anniversary, tarikh perkenalan dan sebagainya.

make sure you guys tahu saiz dia tauu , kalau tak pon , tanya laa family dia kiki

2. WALLET


Ini biasa kita tengok, lelaki ini akan guna wallet mereka sampai lunyai. Selagi wallet tersebut boleh digunakan, mereka akan guna. Katanya yang penting isi dalam. Anda sebagai kawan, kekasih, isteri atau sesiapa sahaja, mungkin dah boleh buat kejutan bagi hadiah wallet baru. Lepas ni takda la nampak pakai wallet berlubang bagai kan.

3. TOPI


Topi atau cap ini antara aksesori kepada kaum lelaki. Kadang ada mereka yang pakai topi sebab taknak uruskan rambut atau rambut serabai. Ada juga yang pakai lagi mereka rasa lebih hensem. Itu terserah kepada individu. Mungkin anda boleh fikir hadiakan untuk lelaki sebuah topi kan.

4. JAM TANGAN


Jam tangan juga aksesori yang biasa dipakai oleh kaum adam. Ada juga antara mereka yang suka kumpul jam tangan tak kiralah harganya murah ke mahal ke. Dah jadi collector kan. Jadi, anda sebagai kawan, bolehlah hadiahkan jam tangan. Yang bajet-bajet pun ada sekarang.

5. BAJU


Baju ini pun biasa orang bagi, tetapi kalau anda ingin buat kejutan kepada pasangan, anda kene tahu dulu saiz yang selalu mereka pakai. Jangan pakai beli je, takut dan beli nanti tak muat. Sama sahaja dengan kasut dan seluar. Lainlah anda bawa sendiri ke kedai kan.

6. PERFUME


Kalau pasangan anda tu jenis tak pakai perfume atau anda nak bagi hadiah yang berbalo sikit. Mungkin anda boleh bagi hadiah perfume ni. Kadang dengan bau ini akan memberikan impression pertama kepada kaum perempuan ni. Kalau wangi, mesti jenis jaga kebersihan diri kan. Ramailah orang suka kan.






XOXO
Nrl Azieera

Comments

Popular Posts