Self Sharing : Cara Simpan Duit Kahwin ๐ฐ๐คต
Bila cerita tentang perkahwinan , semua orang suka. Tapi bila cerita tentang persiapan , allah meremang bulu roma rasanya kann ? ๐ dari proses merisik sehinggalah berakhir kedua dua majlis. Mana tak nya , sekarang ni tak de yang murah. Jadi saya nak share serba sedikit macam mana saya simpan duit ๐
1. Tetapkan matlamat dan niat.
Mindset kita ni penting tau. Kalau dah jumpa pasangan yang kita dah rasa dia memang sesuai sehidup semat dengan kita. Terus start kumpul duit. Jangan duk pikir datinggg je lagi. Kalau pasang niat kawin awal awal, so kalau target kawan satu atau dua tahun , insyaallah sempat nak kumpul duit.
2. Kerjasama antara keluarga dan pasangan.
Pasangan yang akan berkahwin perlu bersikap lebih toleransi antara satu sama lain. Contohnya keluarga belah perempuan , jangan laa minta jumlah hantaran di luar kemampuan lelaki.
Hantaran ni adat je dalam islam , tak buat pon tak apa.
3. Buat majlis yang sederhana.
Bincanglah baik baik dengan kedua dua belah pihak untuk melangsungkan majlis secara sederhana dan ikut ajaran islam sahaja. Buat yang perlu dan wajib sahaja.
Tetamu yang dijemput cukuplah sekadar ahli keluarga , saudara mara , jiran tertangga dan kenalan yang rapat sahaja. Tak perlu sehingga 2k 3k jemputan.
XOXO
Nrl Azieera
Comments
Post a Comment